Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Ahad, 15 Ogos 2010

FOTO KENANGAN: Motivasi Ibubapa Dan Pelajar 2009

Majlis ini telah dijalankan pada 30 Julai 2009. Kalau pada tahun-tahun sebelumnya, program seumpama ini cuma melibatkan pelajar saja, tetapi kali ini ia melibatkan ibubapa dan pelajar. Seorang tokoh dan juga penceramah telah dijemput bagi memberikan motivasi kepada ibubapa dan pelajar yang hadir di majlis tersebut. En. Wahab Menditar dari SMKA Limauan Kimanis Papar telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis ini.::::

Serentak dengan majlis ini juga dijalankan acara penyerahan KWAPM selepas berakhirnya motivasi ibubapa dan pelajar. En. Wahab Menditar sekali lagi sudi menyampaikan KWAPM kepada ibubapa murid yang layak menerimanya :::

| catatan: RAR |

KEM. KECEMERLANGAN UPSR 2010

:::: Kem Kecemerlangan UPSR 2010 SK. Kaiduan, Papar telah diadakan pada 4 - 6 Ogos 2010 yang baru lalu. Kem selama 3 hari itu telah disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SK. Kaiduan, Papar :::

::: Kem kecemerlangan kali ini lebih memberi fokus terhadap matapelajaran teras seperti B.Melayu, B. Inggeris, Matematik dan Sains. Peserta kali ini didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman. Lebih bermakna lagi, 2 orang penceramah jemputan telah sudi datang untuk menyampaikan slot masing-masing. 2 orang penceramah jemputan tersebut ialah Cikgu Norliah Ali Omar dari SK. Rampazan, Papar bagi matapelajaran B. Melayu dan Cikgu Peter Pakang dari SK. Kawang, Papar penceramah bagi matapelajaran Sains. Kedua-dua mereka ini merupakan guru pakar bagi slot masing-masing.

::: Selain penceramah jemputan tersebut, penceramah lain adalah dikalangan guru SK. Kaiduan, sendiri seperti Cikgu Ag. Putera Boestaman bagi matapelajaran Matematik dan Cikgu Shahridan Shahbudin mengambil slot matapelajaran B. Inggeris:::

::: Hari terakhir menampilkan slot khas. Slot ini merupakan motivasi bagi peserta-peserta kem. Slot ini dikendalikan oleh guru besar En. Sung Diana ::: 

Catatan/Foto: RAR