Isnin, 17 Januari 2011

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Januari 2010 bertempat di Dewan IKBN Kinarut Papar. Majlis ini telah di rasmikan oleh YBHG. Datuk Panglima Tun Said dan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Papar.

Sebagai warga SK. Kaiduan, Papar kita seharusnya berbangga kerana salah seorang bekas pelajar dan calon UPSR tahun 2010 iaitu adik Emelda Ernie George adalah merupakan salah seorang penerima anugerah dalam majlis tersebut kerana telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu. Beliau telah mendapat 5A.

Tahniah diucapkan kepada adik Emelda Ernie George dan semoga kejayaan beliau menjadi pendorong dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Kita juga doakan semoga adik Emelda terus cemerlang dan berjaya mengapai impian beliau...








Foto dan Catatan: RAR

1 ulasan:

  1. Setinggi-tinggi tahniah buat Pemuda UMNO Papar yang telah berkolaborasi dengan Pejabat Pelajaran Daerah Papar kerana telah merealisasikan Program ini seperti tahun2 yang sudah. Tahniah jua buat adik Emelda...

    BalasPadam