Selasa, 17 Mei 2011

Cikgu Charle Mikil Dalam Kenangan

Preview
17 Mac 2011 adalah hari terakhir seorang pendidik berpengalaman menaburkan jasa baktinya di SK.Kaiduan. Setelah berkhidmat hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan, Cikgu Charle akhirnya bersara wajib pada 18 Mac 2011. Walaupun hanya bertugas hampir 7 tahun di SK.Kaiduan, namun sumbangan dan jasanya terhadap sekolah dan warga sekolah, tetap segar dalam lipatan minda. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan, beliau turut menyumbang dalam meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak didiknya. Cikgu Charle, kami warga SK.Kaiduan mengucapkan selamat bersara dan terima kasih di atas segalanya.

Rabu, 16 Februari 2011

SK.KAIDUAN JUARA







Penantian selama 25 tahun telah berakhir setelah kontenjen olahraga SK.Kaiduan dinobatkan sebagai juara keseluruhan MSS Zon Kinarut yang telah berlangsung di padang SK.Beringgis. SK.Kiaduan telah mendapat 4 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Kejohanan olahraga MSS Zon Kinarut ini turut disertai oleh 8 buah sekolah rendah yang bernaung di bawah Zon Kinarut Papar. Acara sukan ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Februari 2011. Atlit SK.Kaiduan turut menyandang gelaran olahragawati kejohahan pada kali ini, iaitu adik Erra Jomikol, yang telah mendapat 2 pingat emas individu dan 1 pingat emas berpasukan. Acara perbarisan pula telah dimenangi oleh kontenjen dari SK.Pekan Kinarut. Penghargaan juga harus diberikan kepada pihak penganjur Kejohanan MSS Zon Kinarut pada tahun ini, iaitu SK.Tanaki yang telah berusaha melancarkan perjalanan kejohanan ini.

Rabu, 26 Januari 2011

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kaiduan, Papar


Temasya Sukan Sekolah akan diadakan selama 2 hari bermula pada 31 Januari (Isnin) dan 1 Februari 2011 (Selasa). Seperti tahun yang sudah peserta dari 3 buah rumah sukan akan beraksi iaitu rumah BIRU, MERAH dan HIJAU. Sepanjang minggu ini guru-guru dan peserta bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan acara ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Pelbagai acara telah diatur sempena sukan kali ini antaranya 100M, 200M, lompat tinggi, lompat jauh, lari berganti-ganti, lontar peluru dan lain-lain lagi bagi Tahap I dan Tahap II.

Guru-guru rumah sukan juga tidak kurang sibuknya, melatih dan membuat pondok sukan masing-masing. Mudah-mudahan apa yang telah dirancang dan diatur dapat disudahkan dengan jayanya.

Tahniah buat semua, terutamanya buat Guru Besar, Penolong Kanan Kokum, Setiausaha Sukan dan semua guru-guru juga AKS yang telah bersatu mengembeling tenaga. Meskipun jauh diceruk pedalaman, namun usaha untuk mengadakan temasya ini harus dibanggakan.

Isnin, 17 Januari 2011

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010

Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Januari 2010 bertempat di Dewan IKBN Kinarut Papar. Majlis ini telah di rasmikan oleh YBHG. Datuk Panglima Tun Said dan dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Papar.

Sebagai warga SK. Kaiduan, Papar kita seharusnya berbangga kerana salah seorang bekas pelajar dan calon UPSR tahun 2010 iaitu adik Emelda Ernie George adalah merupakan salah seorang penerima anugerah dalam majlis tersebut kerana telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu. Beliau telah mendapat 5A.

Tahniah diucapkan kepada adik Emelda Ernie George dan semoga kejayaan beliau menjadi pendorong dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain. Kita juga doakan semoga adik Emelda terus cemerlang dan berjaya mengapai impian beliau...








Foto dan Catatan: RAR

Selasa, 31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA GURU-GURU DAN STAF SK. KAIDUAN

Berita bergambar: sekitar Majlis Berbuka Puasa Guru-guru dan Staf SK. Kaiduan, Papar
Tempat: Rumah Cikgu Ag. Putera ( Kg. Beringgis, Papar )
Tarikh: 30 Ogos 2010




















oleh: RAR