Selasa, 17 Mei 2011

Cikgu Charle Mikil Dalam Kenangan

Preview
17 Mac 2011 adalah hari terakhir seorang pendidik berpengalaman menaburkan jasa baktinya di SK.Kaiduan. Setelah berkhidmat hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan, Cikgu Charle akhirnya bersara wajib pada 18 Mac 2011. Walaupun hanya bertugas hampir 7 tahun di SK.Kaiduan, namun sumbangan dan jasanya terhadap sekolah dan warga sekolah, tetap segar dalam lipatan minda. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan, beliau turut menyumbang dalam meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak didiknya. Cikgu Charle, kami warga SK.Kaiduan mengucapkan selamat bersara dan terima kasih di atas segalanya.

2 ulasan:

  1. Perkataan Dalam Kenangan sesuai untuk yang telah meninggal sahaja.

    BalasPadam
  2. Kesian cikgu Charle.

    BalasPadam