:::: Kem Kecemerlangan UPSR 2010 SK. Kaiduan, Papar telah diadakan pada 4 - 6 Ogos 2010 yang baru lalu. Kem selama 3 hari itu telah disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SK. Kaiduan, Papar :::
::: Kem kecemerlangan kali ini lebih memberi fokus terhadap matapelajaran teras seperti B.Melayu, B. Inggeris, Matematik dan Sains. Peserta kali ini didedahkan dengan pelbagai teknik dan kaedah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman. Lebih bermakna lagi, 2 orang penceramah jemputan telah sudi datang untuk menyampaikan slot masing-masing. 2 orang penceramah jemputan tersebut ialah Cikgu Norliah Ali Omar dari SK. Rampazan, Papar bagi matapelajaran B. Melayu dan Cikgu Peter Pakang dari SK. Kawang, Papar penceramah bagi matapelajaran Sains. Kedua-dua mereka ini merupakan guru pakar bagi slot masing-masing.
::: Selain penceramah jemputan tersebut, penceramah lain adalah dikalangan guru SK. Kaiduan, sendiri seperti Cikgu Ag. Putera Boestaman bagi matapelajaran Matematik dan Cikgu Shahridan Shahbudin mengambil slot matapelajaran B. Inggeris:::
::: Hari terakhir menampilkan slot khas. Slot ini merupakan motivasi bagi peserta-peserta kem. Slot ini dikendalikan oleh guru besar En. Sung Diana :::
Catatan/Foto: RAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan