Sambutan Hari Guru peringkat SK. Kaiduan, Papar telah diadakan pada 21 Mei 2010 lalu. Beberapa acara telah diadakan sempena sambutan kali ini. Antara pengisian sambutan kali ini ialah Perlawanan Bola Sepak persahabatan antara Guru-guru dan Ibubapa Pelajar di mana kemenangan berpihak kepada pasukan guru-guru dengan jumlah jaringan 4-2. Guru besar SK. Kaiduan, En. Sung Diana telah membuat sepakan sebagai gimmik perasmian perlawanan ini
Satu lagi acara ialah Bertukar-tukar hadiah dikalangan ahli staff dan ternyata hadiah daripada guru-guru amatlah berharga dan mempunyai maksud yang tersirat di sebaliknya.
Catatan: RAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan