Jumaat, 20 Ogos 2010

SELAMAT JALAN PUAN MAIMON

:: Setelah hampir 6 tahun berkhidmat di SK. Kaidun, Papar secara rasminya Puan Maimun Bt. Norsidah telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK. Pengalat Besar Papar pada 9 Ogos 2010 yang baru lalu. Beliau terpaksa meninggalkan SK. Kaiduan kerana dinaikan pangkat ::-

:: Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di SK. Kaiduan, Puan Maimun telah memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pastinya kakitangan dan pelajar akan merindui kelibat Puan Maimun, namun apakan daya begitulah lumrahnya kehidupan ini. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Dalam sistem perjawatan ini, beginilah keadaannya. Pertukaran, kenaikan pangkat dan berbagai macam perkara lagi boleh menjadi alasan untuk kita ditukarkan ke sekolah-sekolah lain.

:: Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan Maimun di atas segala sumbangan dan jasa yang telah beliau berikan. Jasa puan akan tetap dikenang. Mudah-mudahan Puan Maimun akan terus maju dan berjaya dengan memberikan sumbangan dan komiten yang tiada berbelah bahagi walau di mana beliau di tugaskan.:::.
 

Catatan: RAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan