Selasa, 24 Ogos 2010

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kaiduan, Papar terletak lebih kurang 49 kilometer dari Pekan Papar. Ianya adalah merupakan sekolah kurang murid yang terdiri daripada 91 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 12 orang dan empat orang kakitangan sokongan. Terdiri daripada hanya dua blok bangunan kayu yang mempunyai 6 bilik darjah, sebuah bilik pentadbiran, sebuah perpustakaan,m, sebuah makmal komputer , sebuah pondok pengawal, satu blok tandas yang mengandungi enam bilik tandas, satu buah pondok, sebuah stor dan satu bangunan berkembar rumah guru dan satu rumah berkembar rumah guru berada dalam keadaan usang. Untuk sementara waktu sebuah rumah guru di jadikan bilik pemulihan 100% muridnya adalah merupakan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan sekolah. Dianggarkan lebih kurang 95% daripada muridnya datang ke sekolah berjalan kaki dan selebihnya dihantar dengan kereta atau motorsikal. Sekolah ini mempunyai keluasan tanah seluas 1.232 hektar di mana hanya 80% daripada tanah tersebuat yang sudah  digunakan. Sekolah ini juga agak jauh dari jalan besar dan keadaan jalan rayanya kurang baik terutamanya pada waktu hujan.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kaiduan, Papar
Sekolah ini pada mulanya terletak di atas bukit. Ianya dibangunkan secara gotong-royong oleh penduduk kampong dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat disekitar kawasan kampung ini seperti bambu, kayu hutan dan beratapkan daun nipah.
          Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1956 dan ketika itu ianya dibawah kelolaan native voluntary school (NVS) selama enam tahun.
Menjelang tahun 1962, sekolah ini kemudiannya telah dikendalikan oleh government primary school (GPS). Dalam tahun 1966 ianya telah berpindah ke tapak kawasan tanah yang datar seperti yang ada sekarang ini.
          Di tapak inilah murid-murid mula belajar dalam kelas dengan lebih teratur. Pada mulanya sekolah ini hanya memiliki satu bangunan terbuka dan sebuah rumah untuk kemudahan guru yang akan ditempatkan di sekolah ini. Sejak perpindahan tersebut, masalah kekurangan bilik darjah yang agak selesa sedikit sebanyak telah dapat dikurangkan. Murid-murid juga dapat merasakan suasana pembelajaran bilik darjah yang sebenarnya jika dibandingkan dengan sebelumnya.
          Dalam tahun 1972 nama government primary school (GPS) telah ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan(SRK). Serentak dengan itu juga GPS Kaiduan bertukar menjadi SRK. Serentak dengan itu juga GPS kaiduan bertukar menjadi SRK kaiduan. Pada hakikatnya, sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang paling terpencil jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang terdapat di sekitar daerah papar. Rata-rata guru yang pernah ditempatkan di sekolah ini sebelumnya menyuarakan berbagai-bagai masalah yang dialami semasa bertugas di sekolah ini dan ada pun yang bakal ditempatkan di sekolah ini merasa takut dan tidak sanggup untuk ditempatkan bertugas di sekolah ini.
          Jarak sekolah ini dari pecan papar adalah lebih kurang 49 kilometer. Namaun begitu hasrat penduduknya untuk melihat anak-anak mereka menerima pendidikan tidak di lupakan. Pada keseluruhannya murid-murid disekolah ini adalah dari keturunan kaum dusun (kadazan) yang merupakan penduduk asal kampung kaiduan.
          Pada tahun 1984, sekolah ini telah mendapat bangunan yang baru sebagai tamabahan kepada bangunan yang ada diatas daya usaha guru besar encik Dzulkefliee hj. Ag. Shahrin dan pengerusi PIBG iaitu WKAN encik Robert Bohuang. Bangunan tersebut telah didirikan oleh penduduk kampung secara gotong-royong.
          Pada 07.07.1984, bangunan yang mengandungi dua bilik darjah dan satu bilik guru tersebut telah di buka dengan rasminya oleh YB. Datuk Fred Sinidol ( wakil rakyat N. 24 pada masa itu. Dengan adanya bangunan tambahan tersebut maka suasana pembelajaran bilik darjah yang tersusun dan teratur dapat mengurangkan ketegangan emosi, mental dan fizikal dikalangan murid-murid yang sebelum ini belajar secara kumpulan kelas di dalam satu bilik. Ini selari dengan pertambahan murid di sekolah ini. Sekolah ini juga tidak dapat melarikan diri daripada hakikat seperti kata pepatah melayu mengatakan ‘patah tumbuh hilang berganti’. Dari tahun ke setahun ramai murid yang meninggalkan sekolah ini dan semakin ramai pula yang memasuki alam persekolahan. Disebabkan peningkatan tersebut masalah yang timbul ialah kekurangan bilik darjah. Memandangkan jumlah murid semakin meningkat serta beberapa masalah dihadapi oleh guru-guru, sekali lagi Encik Dzulkefliee (guru Besar) dengan kerjasama WKAN encik Robert Bohuang selaku pengerusi PIBG telah bersusah payah untuk memohon bagi mendapatkan bangunan tambahan.
Pada tahun 1986, sekolah ini mendapat bangunan tambahan yang mengandungi tiga buah bilik darjah termasuk bilik guru serta sebuah bangunan berkembar rumah guru. Bangunan ini kemudiannya telah dibuka dengan rasminya oleh Datuk Ariah Tengku Ahmad, Menteri perkhidmatan social negeri selaku adun N. 32 kawang pada 15.06.1986. dalam tahun yang nama srk kaiduan telah di tukar menjadi sekolah kebangsaan (sk) kaiduan. Bersempena dengan perasmian bangunan sekolah tersebut, sebuah syarikat swasta telah bermurah hati mendermakan beberapa kampit karung simen bagi tujuan pembinaan sebuah gelanggang badminton untuk kemudahan murid-murid.
          Untuk melahirkan satu generasi yang sihat dari segi mental dan fizikal, aktivitiaktiviti kesukanan tidak diabaikan. Buat pertama kalinya dalam sejarah sekolah ini mula menyertai Sukan Diperingkat ZON Kinarut sejak tahu 1983 dan telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Temasya sukan tersebut pada tahun 1986. Sejarah bukan sahaja tercatit sebagai Tuan Rumah tetapi kejayaan yang paling bererti dan bermakna bagi sk. Kaiduan ialah Berjaya mengalahkan Johan tradisi iaitu sk. Pecan kinarut. Temasya tersebut dirasmikan oleh penolong pengarah bahagian sekolah-sekolah iatu EN. Digong Hj. Abd. Rashid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan