Ahad, 15 Ogos 2010

KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN

::: Sebagaimana tahun yang sudah-sudah, tiap kali datangnya bulan Ogos warga SK. Kaiduan telah bersiap dengan pelbagai aktiviti dan program sempena bulan kemerdekaan ini. Sempena bulan kemerdekaan tahun ini beberapa aktiviti juga program telah dirancang dan sedang dilaksanakan antaranya Menyanyi lagu Patriotik setiap pagi, Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang Di Kawasan Sekolah Dan Kelas, Pertandingan Melukis Dan Mewarna Jalur Gemilang dan Acara Kemuncaknya merupakan Perarakan Beramai-Ramai Merentasi Kampung yang mana terdiri dari Guru Besar, Guru-guru, Staff, Pelajar dan Semua warga SK. Kaiduan :::

::: Buat masa ini kempen Menyanyi Lagu Patriotik sedang dijalankan sehinggalah berakhirnya bulan Kemerdakaan ini. Setiap pagi murid akan berhimpun dan menyanyi lagu Patriotik diiringi muzik dan lagu asal sebelum masuk kelas bagi meneruskan P&P.:::.

.:::. Kempen mengibar jalur gemilang juga sedang giat dijalankan. Tiap penjuru kawasan dan kelas pasti terpacak jalur gemilang. Pastinya semua tidak sabar menantikan kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan ini yang akan diakhiri dengan Perarakan Beramai-ramai nanti :::

Catatan/foto: RAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan